Tuesday, August 28, 2012

Ambillah, walau sedikit.

Sesungguhnya tiada siapa dapat menduga bilakah dugaan akan hadir dalam hidupnya. Kalaupun kita bersedia untuk diduga, kita juga takkan mampu mengagak apakah bentuk dugaan yang akan menimpa kan? Apa pun, yang paling penting bagi saya, selain yakin bahawa setiap dugaan itu hadir bersama-sama hikmah yang penuh dengan rahsiaNya, perubahan perlu ada. Maksud saya, bukan hanya yakin yang Allah nak bagi sesuatu buat kita sahaja. Ada perkara lain yang perlu kita buat. Renung dan ambil pengajaran. Konsepnya ala-ala buat latihan yang sama untuk satu bab, tapi asyik duk ulang silap yang sama memang tak ada gunanya. Kalau minggu lepas kita buat latihan dan dapat markah 30/35, minggu ni buat sekali lagi latihan yang sama tapi masih tak bertambah walau satu pun markah tu, tak terasa sia-sia kah usaha kita pada minggu lepas? 

Bukankah hidup itu adalah pelajaran? Sebagai seorang pelajar, memang kita takkan lepas daripada buat salah. Tapi, sebagai seorang guru, sungguh luluh hatinya andai kesilapan yang sama diulang berkali-kali walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk pelajar itu faham kesilapannya dan mampu mengetahui apa yang perlu diperbaiki. Bukankah begitu? Kita dikurnia akal fikiran. Allah turunkan dugaan itu bersama-sama kasih sayangNya. Apalah salah untuk kita berfikir sejenak apa yang boleh diperbaiki bertitik-tolak daripada ujian itu. Sedikit perubahan mungkin mampu memberi sumbangan besar untuk hidup mendatang. Siapa tahu kan?

Maka, dengan ini saya mengingatkan diri ini agar tidak memandang remeh akan setiap dugaan yang hadir. Mungkin itu salah satu cara Allah mahu menegur hambaNya? Allah sangat baik kan :)) 


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?” (Ar-Rahman)

1 comment:

As said...

Moga Allah sentiasa jaga Kiniey...ameen..