Friday, November 16, 2012

Good bye KLCC

Di bandar raya KL ini, saya tinggal di Dato' Keramat. Hanya beberapa kilometer jaraknya dari KLCC. Dari rumah, nampak menara yang tersergam megah itu. Malam-malam balik dari terawih, KLCC yang sungguh 'gilang-gemilang' ditatap. Sungguh terasa berada di tengah-tengah kota metropolitan. Tu belum lagi menginap di kondo kan? Hiks~~

Sekarang, saya akan pulang ke kampung halaman. Perkara yang tak pernah terlintas dalam akal fikiran yang sangat lemah ini. Sirih pulang ke gagang :)) Nanti saya bercerita panjang usai tugas-tugas yang bertimbun ini! ^^,




Tak terungkap syukurku, Ya Rahman -_-


2 comments:

Nadirah said...

Saya pun mahu pulang ke kampung halaman, tapi apakan dayaku.. belum sampai masanya lagi, tapi kumohon agar dikau selalu mendoakan agar impian ku yang satu itu akan terkabul bila tiba masanya ^_^

~candlesky~ said...

Buat dirimu,
InsyaAllah kesabaran dan penat lelah pengorbananmu selama ini sedang dihitungNya :)) Dia tahu kamu kuat hingga tiba masanya itu ^_^ kudoakan moga kesabaranmu itu mampu ditiupkan sedikit ke sini.. huuuuu