Sunday, August 30, 2009

Perlu ke letak Nor??

29 Ogos, Sabtu, 7.50pm
Saya masih di meja makan. Banyak betul yang saya teringin nak jamah. Kak Ya ni, macam-macam yang dibelinya. Maklumlah, dah dengar ayat sedih si adik yang 'haru-biru'(kononnya..huuu) pabila berbuka puasa di tempat orang, mula lah penuh tangannya dengan juadah di bazar. Tu tak termasuk dengan yang dah siap dimasak kat rumah... Banyak betul.

'Boleh ke ni nak habiskan?' Saya mula berteka-teki. Namun, saya tak risau. Sebabnya? Rakyat di sini ramai. Tak macam kami yang berapa kerat je kat rumah Pasir Puteh.

Mata saya yang asyik terpaku di atas meje lantas teralih pada tangan yang mula mengemas pinggan yang sudah tidak berpenghuni(kosong sebab dah licin)... Bukan kerana kecantikan dan kehalusan jari jemari yang menarik minat saya, namun entah mengapa saya rasa sedikit pelik. Lantas, saya dongakkan kepala ini.

'Patutlah rasa lain macam. Emi yang sibuk tolong Kak Ya kemas.'

Baru saya sedar yang ketika itu, hanya saya, Yana (tingkatan 3) dan Ajim(20 tahun-UiTM) yang masih 'melekat' di kerusi. Kak Ya sudah di dapur. Yang lain sudah mula beredar menunaikan tanggungjawab seterusnya. Bunyi air yang mengalir ke dalam sinki makin menyedarkan saya.

'Leka betul aku makan hari ni.'

Namun, apa yang paling saya kagumi ialah kerajinan Emi. Kalau anak dara, saya memang tak hairan. Ni anak TERUNA. Ye, Emi ni anak buah saya yang laki. 18 tahun. Nor Hazimi. Kak ya memang letak 'Nor' kat semua nama anak dia. Tak kira walaupun untuk yang 'berjantina Ahmad'... Heee... Serta-merta saya teringatkan cerita Kak Ya. Emi ni memang sangat rajin. Nampak je ganas, tapi kalau Kak Ya baru balik dari pasar, letak je ayam kat dalam sink... Pergi buat keje lain kejap, masuk-masuk kat dapur, tengok-tengok ayam dah hilang!!! Hah?? Siapa yang curi?

Tak lain, dan tak bukan. Emi lah yang bertanggungjawab. Dia bukan ambil pergi jual semula ayam tu, tapi dah siap dibersihkan semua, kalau Kak Ya bukak peti sejuk, jumpa lah ayam tu. Begitulah senangnya hati ibu yang mengandung. Saya yang tak terlibat apa-apa dalam usaha melahirkan dia pun boleh rasa senang hati. Ni kan pulak Umi dia yang sibuk bawa dia dalam perut ke hulu ke hilir selama 9 bulan tu. Kagum betul saya.....

Nekad saya, saya nak tuntut ilmu dengan Kak Ya macam mana dia ajar anak-anak dia. Memang saya amat kagum dengan anak-anak buah saya yang teruna ni. Piji(sebaya dengan saya), Ajim dan Emi ni betul-betul manja dengan Kak Ya. Nak keluar pergi mana-mana tak sah kalau tak cium pipi Kak Ya dulu. Seronok sangat tengok.....^_^ Mudah-mudahan anak-anak saya suatu hari nanti pun macam tu. Ameeenn...

Ajim, Emi, Saya & Piji=)


~Tiba-tiba saya terfikir... 'Perlukah saya letak Nor kat semua nama anak teruna saya?' huuuuu

Monday, August 17, 2009

Konvo??? Awalnye...

Tiba-tiba terdetik sesuatu di hati… Nanti masa Konvokesyen, siapa yang nak diberi peluang untuk saksikan detik-detik manis saya ye?? Dengar kata, ada 2 tempat. Yang satunya, wajib buat Ma tersayang. Tapi, satu lagi nak bagi siapa ye? Abang E, Abang Min, Kak Ya, Kak Zan atau Akak ??? Semuanya bermakna buat diri saya…. Pening ni… Kalau orang lain, memang tak payah pening-pening. Sebabnya? Memang pasti Mak & Ayah yang akan berada di tempat tersebut kan?=)

Tapi, cuti yang lepas, masa borak-borak dengan Ma, saya ada tanya soalan ni. Jawapan Ma… Lebih baik bagi dekat Abang Min. Bila Ma cakap macam tu, saya mula faham. Saya mula terkenangkan segala pengorbanan Abang Min. Sejak arwah ayah meninggal, sampai sekarang, Abang Min la tempat saya mengadu. Tempat saya mencari dahan buat menggantikan tempat arwah ayah.

Abang Min la yang menghantar saya pada Hari Pendaftaran di SESTER. Sehari sebelum tu lagi dia dah meng’usha’ jalan untuk nak pastikan kami tak sesat=) Abang Min jugak yang hantar saya ke MMU dulu. Dan ke UIA Kuantan ni. Cuma bezanya, waktu tiba di UIA Kuantan, bukan sebuah je kereta, tapi dua.. Heee. Sebuah lagi kereta akak, setepatnya kereta Abang Mat & Akak=) Bermula dari kereta Proton Wira, kemudian beralih ke Proton Perdana V6, dan kini Alhamdulillah dia mampu memiliki kereta idamannya, Toyota Wish… Saya sendiri melihat bagaimana jatuh bangun Abang Min dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sekarang saya mula melihat hasil usaha kerasnya selama ini. Syabas buat Abang Min!! (saya juga punyai hasrat untuk sekuatnya.. Doakan saya ye..)

Saya masih menyimpan mesej yang dihantar suatu pagi. Bangun dengan satu menungan yang amat panjang, membuka peti mesej di telefon, saya betul-betul sebak. Sehingga kini saya tak mungkin memadam mesej itu. Bunyinya lebih kurang macam ni:

“Salam. Semoga ceria n happy di samping kekwn. Harapan dari seorang abang kepada seorang adik. Gunakan sebaik mungkin peluang untuk berjaya di dalam pelajaran, jgn hampakan harapan kami semua untuk melihat adik berjaya. Biar perit jerih kita lalui percayalah, pasti ada sinar. Jangan sesekali beranggapan Abang Min tak sayangkan adik. Jadilah anak yang solehah, buat yang terbaik untuk masa depan adik. InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan, Abang Min akan usahakan.”

Kalaulah saya tak rasa apa-apa usai membaca mesej macam ni, memang amat pasti yang saya tak punyai perasaan. Atau saya hanya punyai perasaan yang mati. Menitis air mata tanpa saya sedar. Malamnya, Ma dikunjungi panggilan anaknya ini. Belum sempat saya bercerita, Ma terlebih dahulu membuka cerita. Abang Min menelefon Ma dengan tangisan yang teresak-esak. Macam budak kecik (ni Ma yang cakap..heee). Ayah muncul dalam mimpinya. Saya tak pasti sama ada Abang Min menerima pesanan apa-apa daripada Ayah, tapi saya sangat pasti yang mesej saya terima itu ditaip dengan linangan air mata. Memang Abang Min amat manja dengan arwah ayah, sama dengan saya dan juga akak. 1 Julai yang lepas, genap umur Abang Min 38 tahun. Moga Abang Min sentiasa tabah menempuhi liku hidup yang tak pernah jemu kunjung tiba…

*Petang tadi baru je dating dengan Abang Min. Sangat ser0nok! Dapat cincin lagi… Dah 2 cincin Abang Min bagi.. huuuu =)


Abg Min dengan Kak Da masa honeymoon di Sabah

~Awal betul saya fikir pasal Konvo kan?? Heee… Saya rasa sangat berinspirasi pabila memikirkannya^_^

Friday, August 7, 2009

I MISS U...

"Aah. Tahun ni dah masuk 13 tahun ayah pergi. Tapi Ma masih tak nak cari pengganti.Saya nak jadi sesetia dia."

"Tapi kini jangan la doakan your hubby cepat pergi pulak. Sian dia"


Bait-bait perbualan saya dengan bos saya, lagi tepatnya bekas bos saya, Encik J. Huuu.. Takkan la pulak saya nak doakan macam tu kan. Sehidup semati... Perkataan yang sering kita dengar pabila menyebut soal cinta. Opps!! Berubahkah mood saya hari ini?? Heeee...

Ni kisah cinta yang benar. Kisah cinta seorang isteri. 13 tahun, eh tahun ni dah masuk 14 tahun... Puan Kamariah meneruskan hidupnya tanpa teman bernama suami, Encik Salleh. Pernah terdetik di hati saya untuk merasakan cinta yang sebegini hebat. Cinta yang mampu memberi kekuatan padanya melalui liku-liku hidup yang tiada tandingan. Jawapannya= anak. Bukti cinta mereka sudah cukup menjadi pengubat kerinduan. Lama saya tenung wajah ma pabila saya meluahkan kerinduan pada cintanya yang telah pergi. Dan saya dapat selami jalur cahaya kekuatan yang mengalir dari matanya. Kekuatan yang lahir daripada cinta hakiki.

Saya masih ingat waktu kecik dulu. Pabila tangan ini dipimpin ke kubur pemilik cintanya, sayu hati bergaul dengan kasih sayang yang mengalir daripada segenap alur darah. Lalu kami bersama-sama bersila di hadapan pusara cinta Ma. Pusara yang tak pernah menguburkan rasa kasih suci seorang isteri buat suaminya...

"Adik baca QulhuaAllah banyak-banyak ye."

Saya mengangguk. Sedang mulut saya terkumat-kamit menuruti apa yang disuruh, mata ini tak lepas daripada mencuri-curi lihat alur wajahnya. Sayu hati melihat kerinduan itu dialirkan melalui bacaan suci buat penenang pemilik cinta di alam sana. Dan saat anak-anak mula melakarkan erti kejayaan, apa yang terdetik di hatinya? Tidakkah dia rindu untuk berkongsi kegembiraan itu dengan pemilik cintanya??

Ohhh... Andainya diri ini mampu membahagiakannya, tunjukkanlah jalan padaku Ya Allah untukku mengubati segala duka laranya... Apa jua cara untukku membalas atau sekurang-kurangnya mengenang semua kasih-sayang yang dialirkan.. Pabila terlintas tentang ini, terasa tidak sabar untuk grad. Untuk membahagiakan hidupnya. Namun, mampukah hajat di hati ini dipenuhi?? Ya Allah, kupohon... Janganlah kau palingkan hati ini daripada melupakan segala pengorbanan insan yang telah bersusah-payah untukku selama ini....

Teringat segala perbualan dengan Sanah dan Cha di klinik. Betapa kita tak mampu untuk mengenal hati ibu...

"Kita sering salahkan bahawa kita tidak difahami. Tapi, sebenarnya kita yang tak faham mak kita.." Anda benar, Sanah. Takkan pernah saya mampu untuk menafikan.. Jadi, lagu tema untuk kali ini, Air Mata Ibu... Tak lain dan tak bukan, dendangan Datuk CT.. heeee.

Apakah sebenarnya
Terbuku di kalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu


Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu

Saya tujukan khas buat semua insan yang bergelar ANAK... (terutama buat yang menyebut lagu ini tika perbualan di klinik pada hari tersebut..huuuu)


~ entri ini dibuat tika mata ini tak mampu bertahan untuk tidak melekat di potret ibu tercinta di meja ini...I MISS U, MA.. Really mean it..

Thursday, August 6, 2009

Ku mahu sepertimu...


Tiba-tiba... Hari ni teringatkan arwah Chek (Atuk). Mungkin sebab baru semalam bincang pasal Geriatric Diet atau dalam bahasa Melayu nya Pemakanan Warga Tua=) Dan secara automatik, pada saat tangan memegang iron menggosok baju(tentulah ini tujuan pegang iron kan..heee), teringat semua ketabahan Ma menjaga Chek.

Meniti hari-hari akhir usia Chek, beliau sudah tak mampu lagi berjalan. Semestinya kalau tak mampu berjalan, Ma lah yang menguruskan semua urusan seharian Chek. Termasuklah urusan 'kencing berak' Chek. Memang Ma akan termuntah usai menyelesaikan 'urusan' tersebut. Walau Ma muntah di bilik air, dan tiada siapa yang mendengarnya, saya tak pernah berhenti untuk menitiskan air mata melihat wajah Ma keluar dari bilik air...

Hanya satu yang terdetik di hati saya... Satu je..

"Aku ingin setabahnya..."




~Sob3.. Tiba-tiba rasa macam.. Macam nak balik sgt3 (T_T) Mungkin lepas gayut dengan Ma & Akak semalam. Ayuh hati!! Teguhlah kamu!! Huuuu

Sunday, August 2, 2009

Sayangilah....


Kadangkala kita terlalu memikirkan hati insan lain...

Namun, sedarlah bahawa hati kita jua punyai hak...

Ia hidup, ia bernyawa...

Hembuskanlah semangat yg sepatutnya ia perolehi...


Heee... Mahu lari daripada kebiasaan. Tak salah rasanya=) Cintailah HATI anda~