Friday, December 3, 2010

Who else?


Happiness is the meaning and the purpose of life, the whole aim and end of human existence.

When the life seems too hard to be gone trough.. Just look deeply into a pair of eyes of your loved one :) She/He had faced much more ills to be compared.

[sedang mengumpul segala kekuatan yang masih bersisa dari segenap celah ruang yang ada]

~Sungguh! Saya benar-benar sedang diajar apa itu erti 'keperitan dalam kemanisan' bersabar... Jika bukan diri sendiri yang memujuk, siapa lagi INSAN yang terbaik?

You know yourself well enough..

Tuesday, November 30, 2010

Kotak Kasih Sayang -_-

"Cha.... Jom!" [agak menjerit sedikit]

'Owh.. Cik Sanah pun ada kat sini.' [dalam hati]

Saya terpandang akan dua sandal [cap: mahal] yang sama. Memang tu milik Tuput + Asbob.

"Ye.."

Suara je yang kedengaran, tuannya tak keluar jugak.

Lantas saya masuk ke bilik Cik Karimah. Melihat 3 insan yang sedang terbongkok-bongkok pada mulanya, terus berdiri tegak.

"Tak siap mekap lagi ke? Jom cepat! Abang Min dah nak sampai."

Kalau tak dikerah, memang macam tu Cik Tuput tu. Slow and steady katakan [konon;p]


Abang Min akan bermalam di Kuantan. Kak Da, Haziq dan Hazim pun ada. Dan yang paling penting, Ma pun datang. Sebab tu lah saya tak teragak-agak untuk menjawab "Nak!" untuk mesej Abang Min pada malam sebelumnya yang bertanyakan keinginan saya untuk bermalam di hotel bersama-sama mereka. Sebab nak borak-borak dengan Ma :) Pagi esoknya kami akan ke Maran [bukan Marang ye], menghadiri majlis penuh bahagia sepupu saya. Anak kepada Makcik, adik Ma yang ke-tiga selepas Pak Ngah dan Pak Muda. Jadi, alang-alang Ma dah datang ke Kuantan, saya ajak mereka makan bersama. Boleh jugak mereka jumpa Ma kan. Dan Abang Min pun ambil kesempatan, mintak saya terus datang dengan kereta mereka. Tak payah dah lah dia datang masuk UIA nak ambil saya. Bijak betul abang sorang tu ;p



"Tadaaa.."

Muncul sesuatu dari belakang Wawa.

"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.... [dan sampai habis]"

Dan ini lah 'sesuatu' yang saya maksudkan itu.


Sedih masa captured gambar ni sorang-sorang dalam bilik-_-

Tak tergambar perasaan saya masa tu. Sungguh! Saya langsung tak sangka. Patutlah Cha terkejar-kejar nak keluar lepas habis clinical briefing. Tak sempat saya nak tanya dia nak pergi mana. Sanah pun dengan tak bersalahnya bagitahu yang dia 'dah kirim' makanan masa saya mesej nak makan sama-sama atau saya belikan apa-apa untuk lunch. Rupa-rupanya 'ini' lah projek mereka. Geram + Sebak -_-

Cantik kan kotak ni? Sangat ladies :)

Saya dengan sangat bersemangatnya nak bukak tengok apa ada kat dalam. Tapi dah ada tertera AMARAN kat situ:

siap ada cop lagi tu


Tidak semua perkara mampu dibaca oleh semua insan. Namun, saya percaya hati yang bersatu dengan ikatanNya mampu memahami setiap apa yang terpendam hanya melalui mata yang sepasang itu. Itulah kuasa persahabatan :) Jadi, walaupun saya tahu mereka sudah terlalu mengerti bahawa saya sangat menghargai 'harta duniawi' (kotak + isinya) pemberian mereka ini, saya perlu luahkan sesuatu kepada 'harta ke akhirat' (mereka) agar ia menjadi kenangan yang takkan saya lupakan. Ohh.. Betapa banyaknya kenangan bersama mereka sebenarnya. Takkan dapat dihitung...

Buat Cha, Sanah & Wa:
~...................[speechless]. Ok, saya kena juga cari ayat yang tulus murni.


Ehem...


~ Hadirku, walau bukan menjadi ratu di hati kalian, sedhaifnya, kuharap mampu menjadi penawar secebis luka yang pernah wujud tanpa diduga. Moga tiap doa yang dihulurkan buatku, yang lebih baik daripada itu Dia kembalikan buat kalian. Andai ada kala yang menghadirkan kesesakan jiwa, moga secipis kenangan bersamaku mampu mengukirkan senyum di bibir kalian. Terima kasih, walau itu sudah terlalu biasa didengar, ku harap "TERIMA KASIH" ini mampu sampai dengan perasaan yang lahir bersamanya. Terima kasih, sahabat-sahabat :) ~



Hajat di hati saya untuk memaparkan entri ini tepat pada 5hb Disember. Namun, memikirkan bahawa adanya kemungkinan saya berada di tempat yang taliannya tidak mengizinkan, saya 'release' kan entri ini lebih awal :)

Dan ketahuilah. Sesungguhnya saya sangat menderita untuk menunggu 'Hari Dibenarkan Membuka' kotak itu ;p

Monday, November 29, 2010

Abang

Syamil sangat sukakan bas dan lori. Kalau nampak je bas, mesti keluar ayat. "Chausi naik bah!"

Semalam cakap dengan Akak, Abg Mat & Syamil. Mengambil kesempatan sebaiknya untuk 'bergayut' dalam masa seminggu ini. Tempoh 'hadiah Hari Lahir' daripada Celcom buat pelanggannya. Masa cakap-cakap dengan Abg Mat, keluarlah cerita Syamil berborak dengan Abahnya.

Abah: Umi Mil nama apa?
Syamil: Ira.
Abah: Abah?
Syamil: Mamat.
Abah: Syamil?
Syamil: Abang.
Abah: Eh, mana ada. Syamil la..
Abah: Tak.. Abang la..


Nampaknya, dia sudah bersedia memegang gelaran 'big bro' ^^,
Syabas Mil! Ni la anak buah Ciksu :)

Sunday, November 28, 2010

Boleh tak?

Boleh tak pergi kursus kahwin lebih daripada SATU kali?

Pertanyaan bukan menunjukkan yang saya sudah menghadiri kursus tersebut. Cuma berfikir untuk mengambilnya sebelum menamatkan alam Ijazah ini. [errr.. Sempat lagi ke?] Maknanya, nak ambil dalam masa terdekat. Bukan juga menunjukkan 'tarikh penting dalam hidup seorang anak dara' itu telah tersedia. Cuma, rasa teringin nak menghadiri setelah mendengar pelbagai ulasan yang positif daripada teman-teman yang telah berkesempatan menggenggam 'sijil penting' itu.

Tapi, saya tetap nak rasa 'mood bakal pengantin' masa menghadiri kursus tu. Sebab tu lah wujud pertanyaan sebagaimana tertera di atas. Yelah kan, kalau saya pergi sebelum bergelar graduan, maknanya, sebelum pertengahan tahun 2011 menjengah. Kalau kahwin 'bukan dalam masa terdekat [tak nak sebut lambat ;p], ada kemungkinan ilmu kursus kahwin tu dah tak segar dan nyaman. Huuuu... Sebab tu lah, tiba-tiba saya terfikir. Ada tak orang yang ambil kursus kahwin lebih daripada sekali???

Tapi kalau lah jodoh tu sampai dalam masa terdekat*wink*... Tak payah tanya la soalan kat atas tu kan. Heeeeee


~Harapnya tak adalah pelik sangat pemikiran saya ni. Tapi, kalau orang anggap pelik pun tak apa. Saya suka. Maknanya saya UNiK ;) [errr]

Wednesday, November 24, 2010

Wonderful news on 24th Nov :)

24 November 1981 - 24 November 2010 = 29 tahun
Selamat Hari Lahir ke 29, Akak tersayang :)

Banyak doa untuk Akak ni. Tapi malu*blushimmm* nak paparkan kat sini. Heee.. Cuma harapan nan satu yang tak pernah pudar,

~Moga segala kesedihan yang terukir pada masa lampau mu digantikan dengan kebahagiaan dan keberkatan hidup pada hari depanmu~


Haaaa.. Ada 1 lagi. Penting ni..

~Moga Akak tetap sayang Adik sampai bila-bila. Heeee~

Pagi tadi Akak telefon. Sangat gembira dapat dengar suara Akak. Yela, pelanggan Maxis yang menyambut Hari Lahir dapat panggilan percuma sepanjang hari ke semua nombor Maxis kan. Apa lagi... Heeee. Tapi, pelik jugak Akak telefon waktu bekerja..

"Akak tak gi kerja. Alahan, dik."


"Hah?? Yeke?? Yeaaa!!"

Saya memang dapat bagi pengakuan yang Akak mesti sakit telinga dengar saya menjerit. Huuu. Maaf, kak. Terlebih gembira. Dah lama cakap kat Akak suruh tambah lagi. [mengalahkan suami dia pulak;p] Bila saya cakap je macam tu kat Akak, mesti akak jawab:

"Tunggu Adik grad dulu nak tambah satu lagi. Senang Adik boleh jaga."

Errrr.. Bijak betul dia punya perancangan! Cehs. Tapi takpe, asalkan Akak bagi 'princess' kat Adik ;p Kikikiki. Apa pun, yang paling penting, moga Akak + baby selamat. Jaga kesihatan elok-elok dan sentiasa doakan perkara yang baik-baik :)

Mohon doa Akak selamat ye. Sampai bila-bila :)

p/s: Patutlah sebelum ni asyik nak buat entri pasal 'pregnant woman.' [good level of instinct ^^,]

Tuesday, November 23, 2010

Preggy


Ni tugasan saya untuk Semester 1 Tahun 3. Subjek Diet Seminar yang diteraju oleh Dr.Muz :) Untuk 'Stages of Women' tu, saya bahagikan kepada 3 kategori.
1. Children and Adolescence
2. Elderly
3. Pregnant women



Gambar dia atas pula, artikel yang perlu dihasilkan untuk subjek Nutrition Education & Health Promotion. Sis Aflah yang ajar :) Juga diambil semasa Semester 1 Tahun 3 sebagai Dietetics student :)


Dan ini 'buah hati' Tahun Akhir saya :)








Sekarang, lihatlah betapa dekatnya saya dengan segala macam tajuk 'preggy women'
Uhuuuuu...

~Inilah entri yang membuktikan betapa 'ada jodoh' nya saya dengan bakal-bakal ibu. Minat saya yang sebenar-benarnya--->[kanak-kanak atau 'pediatrik' dalam bahasa yang lebih 'medik']. Saya harap dapat terus mendaki ke peringkat Master dan PhD dalam bidang ini :) Saya harap... Andai itu yang terbaik buat anak arwah Cg Salleh ini.. Ameeen ^^,

Sunday, November 14, 2010

Hari Raya Haji + Buahati

Ni coretan terakhir sebelum Hari Raya Haji [panggilan yang paling biasa bagi orang-orang kampung macam saya ;)]

Lepas ni, 930 pagi, saya akan mula bergerak ke Kelantan. Setepatnya, bas yang akan bergerak ;) heeee.. Pulang ke pangkuan wajah-wajah yang saya rindui. Dan saya tahu mereka juga amat merindui saya. Walaupun tak lama berada kat rumah untuk cuti kali ni, saya akan manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Nak-nak lagi tahun ni akak tak boleh balik beraya. Abang Min pun balik kejap je. Sebab kat belah Kak Da, ada majlis perkahwinan. Haaaa.. Saat-saat begini lah sangat pentingnya dan betapa berharganya saya-yang-belum-kahwin ni ;p [saya sentiasa 'paling' berharga buat Ma..heeee. Perasan!]

Sekarang ni setiap masa saya akan teringatkan 'buah hati' nan satu ini. Huuuu. Saya harap saya dapat menghargai kehadirannya dengan setulus kasih sayang. Sekurang-kurangnya sepuas hati saya ^__^ [walaupun bukan saya yang tanda dan bagi markah] ;p

Meja ni saya akan tinggalkan tidak lama lagi -_-


Buah hati nan satu saya itu tak lain dan tak bukan~
A study of food safety and security: Are our pregnant women safe and secure?

[Hai.. Memang tak habis-habis pasal 'wanita-sungguh-berseri' dengan saya. Nanti saya buktikan dalam entri yang seterusnya betapa melekatnya mereka di hati saya] ^_~

p/s: maafkan setiap khilaf yang saya lakukan buat sesiapa yang membaca coretan ini. Saya amat mengharapkan tidak ada hati yang terus terguris jika saya pernah meninggalkan apa-apa kesan tidak baik sama ada secara saya sedar atau tidak -_- Ampun, jauuuuh dari lubuk hati ini..

~Sejauh mana pengorbanan kita setakat hari ini? Sekurang-kurangnya untuk insan yang paling berjasa dalam hidup kita? Mari kita hitung sejenak. [buat renungan bersama]

Thursday, November 11, 2010

Tahniah sayang :)

Keputusan UPSR dah diumumkan. Alhamdulillah, tahun ni seorang anak buah sahaja yang dah berjuang. PMR tak ada. SPM pun tak ada.. Tahun depan ada. Heeee. Tiap-tiap tahun, masuk je tahun baru mulalah meraba-raba di dalam kotak ingatan ni, anak buah yang mana satu akan berjuang. Huuuu. Maklumlah, nak ingat semua perkara untuk 21 orang tu memang takkan termampu. Sebab tu lah kadang-kadang ada yang merajuk sebab Cik Su tak ingat birthday diorang. Uhuk.

Ampun, sayang-sayang sekelian. -_-

Cik Su perlukan reminder baru. Sebelum ni, semua tarikh lahir anak buah saya ada disetkan di telefon bimbit. Telefon Nokia model 750i. Sampai sekarang masih ada. Tapi tak lagi digunakan. Bukan sebab rosak. Tapi bateri yang 'kong.' Ditambah dengan dapat telefon baru. *wink* Terima kasih Abang Min ^^,

Jadi, disebabkan ada telefon baru, maka maklumat dalam telefon lama tu tidak lagi dapat diterima sepenuhnya. Maknanya, saya kena ambil satu masa untuk belek satu persatu dan salin balik semua 'peringatan' tu. Bab tu yang liaaaat sikit. Heeeeee..


Tapi, kali ni saya tak terlupa. Untung juga sentiasa kemaskini Facebook ni. Berita terbaru dapatlah juga saya terkena tempiasnya. Huuuu.. Semalam tahu yang keputusan UPSR nak diumumkan hari ni. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah bersiap-sedia untuk mesej mama dan papa kanak-kanak yang terlibat :)

'Alhamdulillah, Mimi dapat 5A.'

Mesej daripada kakak ipar saya terima setelah mesej yang dihantar kepada abang tidak menerima sebarang balasan. Busy man lah katakan.. ;p Masa dapat mesej tu, saya terus tersengih macam ni ^______________^


Tahniah Fatin Syamimi Saidi :)
Tahniah juga Mama & Papa yang besarkan Mimi :)
Moga Mimi terus berjaya dunia akhirat.. Ameen.
InsyaAllah, nanti Cik Su pos adiah ye..^^, [dari pagi tadi fikir nak bagi apa tapi tak datang lagi 'tanda mentol' tu]

Gambar Mimi+Pijah (Mimi pakai baju warna oren)

Gambar 3 tahun lepas. Maknanya, masa ni Mimi umur 9 tahun dan Pijah 7 tahun :) Pijah ni puteri bongsu Kak Ya saya [kakak kat Perak]. Kalau tak silap, ni gambar yang mereka ambil sehari sebelum majlis gilang-gemilang perkahwinan Akak[umi kepada Syamil].


p/s: Mimi memang power! Cik Su dulu dapat 4A 1B je. Uhuuu

Tuesday, November 9, 2010

Belek diari

Rasa nak menulis. Eh silap, menaip. Tapi tak tahu nak taip apa. Banyak sangat yang difikirkan sampai dah tak pandai nak beratur dengan lurus segala maklumat ni. Macamlah sangat banyak tanggungjawab. Bukannya ada suami dan anak-anak-anak lagi pun ;p

Uhuk. Dulu, saya sangat rajin. [rolling eyes]

Sekarang??








[ ;'( ]

Insaflah diri...........


Benakku terfikir
Jiwaku tertanya
Mulutku terkedu
Tanpa kusedar...
Diriku mula tersedu
Wahai Penciptaku
Hinanya diriku
Kurangnya amalanku
Namun
Banyaknya kurniaanMu
Tak terhitung olehku
Betapa agung kasih sayangMu
Betap aku tak mampu hidup tanpa cintaMu...
(27 Mac 2006, Matriculation of IIUM, PJ)

[membelek kembali 'diari': errr 'catatan hidup sikit-sikit je' sebenarnya]

Saturday, November 6, 2010

Jeles


Cita-cita saya sejak mula masuk menengah atas:

> Suri Rumah yang berjaya< [mood dengki: key-in data research, ramai yang ada taraf pendidikan sampai universiti tapi jadi suri rumah]

Huuu.. Siapa suruh buat pasal pregnant women? Kan sekarang dah rasa lain macam.. Padan muka! ;p

Friday, November 5, 2010

Lambaian

"Dik, belajar elok-elok ye." Pipi ini diusap. Perut yang sudah menampakkan tanda-tanda isi di dalam menunggu masa sahaja untuk melihat bumi saya usap. Sungguh, hati ini sebak... Benar-benar sebak.

Kepala mengangguk. Tanggannya saya salami. Pipinya saya cium sepuasnya. Namun sekejap sahaja. Lantas terus berpaling ke belakang. Mula mengatur langkah. Melambai dari arah bertentangan... Tangan mula bergerak. Mengusap bibir mata yang gagal lagi memberi takungan...

Inilah insan itu. Sakira Salleh. Kakak yang paling saya sayangi. Betapa Ma dapat merasakan kasih sayang tulus akak untuk saya, sehingga pernah terungkap ucapan ikhlas seorang ibu:

"Kalau Ma dah tak ada, Ma dah dapat pergi dengan tenang. Sebab Ma tahu Akak dapat jaga Adik macam Ma jaga Adik." -_- Masa tu Ma cakap melalui telefon. Kalau tak, dah basah lencun baju Ma pakai dengan air mata saya T.T sob~




Dan ini wajah anak yang masih dalam kandungan ibunya seawal saya sampai di bumi UIA Kuantan ini. Cepat benar waktu berlalu kan?


[Entri ini sebagai penguat semangat menyelesaikan urusan di Kuantan ini sebaiknya sebelum kaki meneruskan perjuangan di Kelantan pula.]

~Ya Rahman. Engkau Maha Mendengar setiap bisikan hati ini. Maka, Engkau sahaja yang Maha Mengetahui betapa mengharapnya aku akan Belas KasihanMu -_-

Thursday, November 4, 2010

Errrrrr

Saya mula rasa macam nak...
Nak...
Nakk....
Nakkk sangat...
Uhuk...

Takpela kan. Allah tahu bila masa yang paling sesuai untuk saya milikinya :) Ya. Jawapan ada nun di atas sana... Jauh atau dekat, lambat atau cepat, insyaAllah tetap ada.. [pujuk diri^^,]

Wednesday, November 3, 2010

Kain sarung

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni saya nak berkongsi tentang cerita yang bermula dari bilik. Bukan dekorasi bilik atau warna tema yang menghiasi bilik. Sebab bilik saya kat rumah tak ada warna tema pun. Kat hostel ni je penuh dengan BILU..heeee. Satu hari, masa tengah cuti universiti [menggantikan istilah cuti sekolah], saya masuk ke bilik Ma [bilik saya juga masa kecik-kecik ;D]. Saje nak tengok baju-baju lama saya masa zaman sekolah. Baju asrama, baju pengawas... Semua Ma simpan dalam almarinya. Sambil bukak almari, ma belek lipatan kain-kain selain baju yang tergantung.

"Ni batik Jawa Ma yang paling last. Ma baru je jahit minggu lepas."

Batik jawa merujuk kepada kain sarung. Tapi setahu saya batik Jawa ni memang antara kain sarung yang mempunyai tarafnya tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kain-kain sarung yang lain. Biasanya, batik Jawa ni akan dipakai masa nak pergi majlis-majlis kecil-kecilan kat kampung [yang tak memerlukan warga emas pakai baju kurung]. Sekarang ni memang susah nak dapat dah.

Saya merenung wajah Ma, sambil menyambut huluran kain sarung tu. Cantik. Hitam warnanya, dengan bercorakkan bunga keemasan :)

"Ayah yang beli tu dulu. Ada 5 pasang semuanya. Sekarang semua Ma dah pakai."

Bayangkan. 5 helai kain sarung Ma mampu guna secara berperingkat dalam masa 15 tahun -_- Saya tengok kain yang lain tu pun masih elok. Masih nampak baru. Yela, Ma memang basuh guna tangan. Tahan lebih lama katanya.


Lalu, kesempatan ke Pasar Kedai Payang sempena Conference on Wellness di UniSZA, Terengganu pada 23-26 Oktober yang lepas sangat bermakna buat saya. Bukan saya tak pernah ke Terengganu. Yelah, sis-in-law memang orang sana. Memang kerap jugak saya ke sana. Tapi ke Pasar Kedai Payang tu amatlah susah. Abang Min bukanlah orang yang suka ke tempat yang sangat bukan senang nak mendapatkan parking ni. Huuuu...


Sambil memilih baju kelawar yang buatkan saya rambang mata [rasa nak beli semua je..heeee], memang saya mencari kain sarung buat Ma. Alhamdulillah, jumpa jugak kat satu kedai ni yang akak penjual tu sangat baik hati :) Sanggup bagi penjelasan panjang lebar pasal kain sarung. Itu amatlah penting bagi saya yang dhaif pasal hal-hal kain sarung ni. Saya tahu pakai je. Tu pun semua yang Ma, Akak & Mak angkat kat Langkawi yang bagi. Huuuu.

"Akak, kain sarung batik Jawa ada tak?"

"Tak de dik. Sekarang memang dah tak ada. Ni kain batik Terengganu."

Saya teringat. Ma pun selalu sebut kain sarung Terengganu. Kiranya antara top jugak la. Heeee. dan satu yang saya belajar, orang Terengganu panggil kain sarung dengan 'kain batik' :) Tangan saya mula membelek satu persatu kain yang tersusun.

"Adik nak yang mana satu? Ada yang benang 3 lapis, 4 lapis & 5 lapis."

"Errmmm.. Yang paling elok yang mana?"

"Yang 5 lapis ni. Sebab dia paling tebal. Kalau pakai, memang tak berbayang. Kalau yang benang nipis ni, pakai untuk kat rumah boleh lah."

"Kalau yang 5 lapis tu berapa?"

"28 ringgit. Tapi kalau adik nak, akak boleh bagi 25."

Akak tu memang mempunyai senyuman manis :) Saya yang mula-mula nak beli satu, terus tertawan hati nak beli dua. Lagi pun, memikirkan Ma yang dah tak ada stok kain sarung baru, apa salahnya kan? ^___^ Sekarang ni tak sabar nak menunggu saat dapat bagi Ma kain sarung tu. Nak balik raya!! Kena siapkan final year project ni. So wahai cik adik, jangan malas!!!! Grrrr... [nak gigit diri sendiri kalau gagal dalam misi ini]

Wednesday, October 27, 2010

Jampi

"Tanam serai atas bukit,
Budak buas buleh sakit"

Jampi. Ni adalah jampi ayah buat anaknya yang menangis. Menangis sebab jatuh basikal. Basikal yang masih ada tayar kecik sebelah kiri dan kanan, yang 'menongkat' basikal tu daripada jatuh. Tu pun boleh jatuh kan. Padahal dah tak payah guna kaki sendiri kalau-kalau tak stabil. Huuuu.

Teringat lagi masa tu. Petang-petang, tengah main basikal tu dengan akak. Masa tu tinggal kat Taman Desa Minang, depan Greenwood tu :) Tengah seronok naik basikal, tiba-tiba rasa macam meluncur ke hadapan. Bergerak dengan sangat laju. Rupa-rupanya tengah turun bukit. Langsung dah lupa break kat mana. Handel dah tak lurus ke depan. Menuju semakin dekat ke tiang lampu.

"Paaaam."

Macam nangka busuk saya jatuh. Tapi masa tu kecik lagi. Jadi tak boleh guna nangka la, cukup sekadar manggis masak ;) Lutut dah berdarah. Terus akak kelam-kabut angkat saya dan bawak balik ke rumah. Dekat je dengan rumah saya kejadian tu. Tak adalah saya kena jalan jauh dengan lutut yang luka tu. masuk je pagar makin kuat saya menangis. Sebab? Ayah ada kat depan pintu rumah. Tengah kilatkan kasut. [Saja nak tarik perhatian dengan luka yang sebenarnya tak seberapa ;p]

Ayah pun cepat-cepat mintak minyak gamat dengan Ma. Sambil bersihkan luka sambil tersenyum. Ayah baca jampi kat atas, lepas tu..."Fuuuuh." Dengan gaya lagak yang macam bomoh, memang ayah dah buat saya terkekek-kekek ketawa. Itulah arwah ayah saya :)


p/s : Kadang-kadang hati kita tak perlukan limpahan beribu patah kata untuk ditenangkan. Cukuplah dengan rasa sayang yang terpamer tanpa paksa :)

Wednesday, September 22, 2010

Petang Raya :)

Ni aktiviti pada petang Aidilfitri :) Aktiviti selepas baju melayu Syamil yang dah comot sebab dia muntah siap ditukar kepada kemeja-T . Kesian kan. Makan banyak sangat tu. Basikal ni milik Muiz. Tapi sepupu-sepupu Muiz yang dah besar panjang ni pulak yang menguasainya. Tak puas lagi naik basikal. Kesian ^^, Yang paling seronoknya, mestilah penumpang setia basikal tu ---> Encik Ahmad Syamil Firdaus. Huuuuu









Lepas puas main basikal, kami ke Tok Bali ;) Sementara tunggu Haziq & Hazim sampai dari Terengganu. Seronok betul Syamil tengok pantai. Tapi... Dia penakut air!! Macam mana lah nak jadi Hero Malaya ni...



Baru 10 minit berbekalkan semangat waja melihat keindahan pantai, dapat panggilan telefon. Kena balik cepat. Huuuu. Rombongan dari Pasir Mas sampai. Heeee.. Rombongan raya. Family Pak Muda. Rejab Salleh, adik kepada Puan Kamariah Salleh ;) Hampa + Gembira. Hampa sebab tak dapat main air lama-lama. Gembira sebab akan kecoh la rumah tu dengan kanak-kanak yang ramai + Abang Min nak sampai menambahkan lagi bilangan kanak-kanak.

Kesimpulannya: Saya nak raya dengan Ma TIAP-TIAP tahun ;) heeee~

Thursday, September 2, 2010

Cucu @ Cucuk??

"So, uncle boleh tak ikut apa yang saya bagitahu tadi?"

"Ooo.. Boleh la. Tapi manyak susah jugak mau tukar itu manis-manis."

"Uncle dah lama makan macam tu kan. Memang susah. Tapi sekarang uncle dah ada sakit ni. Nanti tak jaga, banyak penyakit lagi datang. Sekarang kita cuba ubah sikit-sikit ye. Uncle mesti nak sihat lama lagi kan. Nak tengok uncle punye anak cucu. Uncle ada cucu??"

Uncle tu nampak agak terlopong sekejap. Jadi, saya ulang pertanyaan tu.

"Uncle ada cucu tak?? Grandchildren?"

Cuba menggunakan Bahasa Orang Putih kot-kot uncle ni boleh faham.

"Oooo... Itu aa?? Ada... Itu cocok. Sekali sehari."

[Pause kejap]

Lor... Uncle ni ingatkan saya tanya pasal insulin rupanya. Cucuk insulin..

Sangat nak tergelak... [TAHAN] Hik3 ^________^


*****


Ni piramid makanan Malaysia yang baru dilancarkan pada April 2010. Saya tak arif sangat pasal saiz hidangan dia [tak hafal sebab dah berubah daripada yang kami belajar dulu]. Tapi secara umumnya, lebih kurang sama dengan yang lama :) Errr... Ni bukan alasan untuk tidak menghiraukan ilmu baru ni. Cuma ambil masa sikit nak ingat.. Heeee

Nanti ada kesempatan, kita tengok Malaysian Dietary Guidelines yang baru pulak ye. Ada 14 elemen semuanya :)

Ma tunggu ye :)

Pagi tadi lepas sahur, telefon Mummy tersayang. Ma tanya sahur dengan apa.

"Air milo cicah biskut. Lepas tu, maruku sikit."

Sambil sengih-sengih bila sebut maruku. Ma tanya:

"Sahur tu je ke?" Walaupun Ma memang dah dengar menu tu banyak kali. Huuuu

"Aah... Heeee" Sengih lagi...^________^

Lepas tu Ma tanya:

"Bila sampai rumah?" Dah agak dah soalan ni yang akan ditanya. [Kalau boleh tak nak telefon Ma sebab Ma mesti tanya soalan ni. Orang nak buat surprise.. Huuuu]

"Hujung minggu ni." Jawapan yang tak spesifik diberikan.

"Yela, hujung minggu tu ada hari kan. Hari apa?" Memang penuh pengharapan nak tahu tu. Gulp~

"Sama ada hari Sabtu atau Ahad. Ala, Ma tunggu la. InsyaAllah, adik mesti sampai punye. Heeee"

Lagi sekali sengih. Memang tak nak bagitahu Ma yang tiket dah dibeli dan akan sampai ke rumah di hening pagi Sabtu ;)

"Ma dah rasa macam adik dah ada kat rumah."


Waaaaaa.. Huk3. Ni buat sangat rasa nak kemas beg sekarang jugak!!! Memang saya sudah pulang ke rumah. Badan je ada kat sini... Dah terbayang-bayang sibuknya dengan macam-macam tanggungjawab yang menanti. Nak pergi bandar dengan Muiz, Ma & Maksu. Buat karipap, salin langsir & kemas bilik untuk abang kakak [sementara masih bujang trang-tang-tang ni ;p] Tapi, kena tinggalkan UIA ni dengan sopan dulu :) Baru la dapat beraya dengan tenang :) [Even banyak kerja yang tak disentuh lagi pun. Bangunlah diriku!!!!] Petang Jumaat nak pergi Beserah, kutip queationnaire yang dah diedarkan. [Berapa la agaknya jumlah yang dah terkumpul setakat ni kan...Huuuu]


Tak sabar nak terawih dengan Ma sama-sama. Tahun ni nak berjemaah dengan Ma kat rumah je :) Ma dah cakap awal-awal dia nak jadi makmum kat rumah...


'Sabar ye Ma.' ^_^

Friday, August 20, 2010

Sebelum terlewat

Dulu ini lah kenderaan yang ayah bawa saya untuk dihantar dan diambil dari sekolah :) Saya jadi co-pilot ayah. Sekolah rendah pertama saya kat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.


Duduk di tepi dan berceloteh macam-macam sementara nak sampai ke sekolah tu. Dari Gombak ke Batu Caves tu takdelah jauh sangat. Tapi banyak la juga benda untuk ditanya. Walaupun tahun 1994 tu masih belum banyak bangunan macam hari ni, jenuh jugak la ayah nak jawab setiap pertanyaan saya. Yang saya paling ingat, saya pernah tanya ayah:

"Macam mana orang boleh sembahyang kat orang lain, Ayah??"

Saya tanya ayah macam tu bila tengok papan tanda kat tepi satu masjid, 'SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN.' Ayah memang akan senyap dan senyum dulu. Masa tu, saya tahu ayah memang suruh saya fikir dulu... Jadi, memang berkerut-kerut la dahi saya fikir apa sebenarnya maksud kata-kata tu.

"Haaaa... Adik tahu!! Dia nak cakap sebelum kita sakit, orang tolong bawak kita pergi ambik air sembahyang, dia suruh kita sembahyang sekarang kan??"

Tersengih-sengih saya menjawab. Semangat membara menanti ayah puji saya bijak sebab dapat jawab dengan betul. Ayah senyum lebar. Sampai nampak gigi... Huuuu. Lepas tu, ayah geleng.

Hampa betul saya rasa.

"Salah ke?? Betul la macam tu maksud dia."

Mulut saya dah mula menampakkan muncung... Buruk betul perangai. Heeee

"Nak betul dah. Tapi sikit je lagi."

"Ayah cakap jela jawapan dia. Adik tak tahu dah..."

Ayah senyum lagi.

"Kalau ada orang mati kan, apa yang selalu keluarga dia buat?" Soal ayah.

"Tanam kat kubur." Jawab saya.

"Pandai.. Sebelum tanam tu?" Ayah tanya lagi.

"Ikat dengan kain putih."

Ayah terus senyum.

"Lepas ikat, orang terus tanam ke?" Soalan terus diberikan kepada saya.

"Emmm... Aah." Yakin saya menjawab. Memang saya tak pernah tengok orang meninggal macam mana.

Lalu, ayah mula menerangkan dengan panjang lebar.

"Kain putih tu nama dia kain kapan. Lepas balut dengan kain kapan, orang yang meninggal tu akan disembahyangkan. Kiranya ada imam dan orang lain ikut ramai-ramai. Macam sembahyang kat masjid tu. Tu nama dia solat jenazah. Sebab tu la kat papan tadi tulis SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM DISEMBAHYANGKAN. Adik faham tak kenapa?"

"Ohhh... Nak suruh kita cepat-cepat sembahyang sebelum kita mati la kan, Ayah?"

Laju saya menjawab. Sambil mata terkebil-kebil memandang ayah.

"Haaa.. Pndai pun anak bongsu ayah ni." Kepala saya digosok.

Terus saya tersengih. Macam kerang busuk.. ;p Seronok sangat rasanya dipuji. Dan yang penting, saya tahu benda baru hari tu. Memang kegemaran saya baca papan kenyataan :) JKR=Jasa Kepada Rakyat... Sampai saya gaduh dengan akak bila dia cakap JKR=Jabatan Kerja Raya. Sebab seingat saya, saya tengok kat papan kenyataan JKR tu Jasa Kepada Rakyat. Lepas ayah terangkan 'Jasa Kepada Rakyat' tu adalah cara mereka nak bagi semangat bekerja dan bukanlah nama sebenar, baru lah saya dapat terima. Yela, kalau ayah terangkan yang tu adalah moto @ slogan @ cogan kata, agak-agak saya faham tak?? [Ni lagi satu nilai nak didik anak. Bagitahu perkara yang boleh dia faham. Terima kasih, Ayah :) ]


Dan pabila saya terdengar Abang Min bagitahu Ma yang kami akan bertolak ke Kelantan lepas habis Solat Jumaat sebab jenazah ayah nak disembahyangkan masa tu, semua kata-kata ayah kembali menerpa di telinga saya. Terngiang-ngiang...

'...Lepas balut dgn kain kapan, orang yang meninggal tu akan disembahyangkan..'

Terima kasih, Ayah. Walau tidak sempat mendidikku hingga mampu membezakan laptop dan notebook, internet dan Microsoft Word, secebis pesanan dan ajaranmu, bagai selaut ilmu buat diriku... Moga Ramadhan kali ini mampu kualirkan bekalan yang lebih buat dirimu di sana. Berbahagialah Ayah...Setiap nafasmu untuk memebesarkanku kumohon dihitung olehNYA dengan sebesar-besar ganjaran.. Ameeen Ya Rahmanu Ya Rahim..

~Daku bahagia di sini ditemani kasihmu, Ayah~

Leraikanlah

"Pokok durian tu dah tak lebat berbuah sekarang ni kan, Ma???"

"Lepas Cek meninggal, dah makin kurang buahnya. Dia tahu tuan dia dah tak ada. Anak cucu pun dah jarang balik macam dulu."

Suram di wajah Ma jelas terpancar walau cuba disorokkan. Memang pokok durian nan sebatang kat belakang rumah tu dah tak rancak berbuah seperti sebelumnya. Isi durian tu memang sedap. Buah memang kecik-kecik je. Tapi manis. Lemak berkrim... Heeee.

Buah durian ni, kita tak boleh nak ramal isi dalamnya. Ops, ok. Boleh ramal, tapi betul ke tak, tak boleh kita nak pastikan. Yang kadangkala meleset sama sekali daripada jangkaan kita. Dah namanya ramalan kan. Macam tu jugak lah hati orang. Rambut sama hitam [walaupun sekarang dah ada macam-macam jenis pewarna rambut], tapi hati yang sebenar-benarnya hanya di dalam pengetahuanNya...

Kadangkala mereka mampu senyum di hadapan kita. Manis bicara usah dihitung, memang tak terlarat dikira. Namun, jauh di dasar hati.... Hanya Dia yang sedang melihat. Bukan merobek segala keburukan yang berada di luar pengetahuan kita. Namun itulah yang terjadi. Dendam mampu merubah segalanya. Kadangkala, hati mulai serik. Lantas, bisikan itu hadir.

'Jangan baik sangat dengan orang. Tengok apa yang dah dialami oleh insan-insan yang kau sayang. Berbaloikah budi yang ditabur sedangkan kaca yang dicurah buat kita?'

Perit. Memang pedih. Namun apalah daya kita sebagai manusia? Mengumpul dendam?


Tidak... Bukan itu yang diajar Nabi kita.

Jadi....

Maafkanlah...

Dan percayalah..

Tenang itu pasti dimiliki...


[Sedang memujuk hati untuk merelakan segala kepahitan yang terbuku dalam hati... Maaf itu sudah lama hadir... Namun, berdepan itu biarlah hanya dalam mimpi..]

Sunday, August 8, 2010

Pemenang sejati

"Pada kamu, apakah maksud pemenang pertarungan?"
"Orang yang tidak mampu dikalahkan oleh orang lain." jawab mereka.
Nabi saw bersabda: " Pemenang pertarungan yang sebenarnya ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. " (Riwayat Muslim)


Saya mencari insan yang tak cepat marah untuk dijadikan teman hidup. Sebab saya sangat tak boleh nak berdepan dengan orang yang mudah marah. Nak tegur, tegurlah. Kecil tapak tangan, bandar Pasir Puteh saya tadahkan [hiks]. Saya sangat alu-alukan. Tapi bukan teguran dengan kemarahan. Tengkingan adalah bukan sekali-kali elemen yang membesarkan saya. Sama ada Ma, mahupun Ayah.

P/s : Jangan menjadi hamba nafsu amarah. Sekian.

Sunday, July 25, 2010

Tuhan, berikan aku cinta.

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta...

Ini lirik lagu Tuhan Berikan Aku Cinta oleh Ayu Shita. Saya pun tak kenal siapa penyanyinya. Tapi yang pasti lagu ni acapkali juga saya mainkan di laptop [tapi takdela setiap kali bukak laptop..heee]. Meraih CINTA.. Semestinya cara yang paling sesuai dengan status kita sebagai hamba ialah dengan memohon, meminta atau dengan lagi tepatnya menagih. Namun, saya bukan nak berbicara tentang cinta halal si adam dan hawa [walaupun lagu ni nampak macam tu..huuuu]. Mungkin kisah seperti itu lebih menarik jika saya kongsikan pabila saya sudah memikul gelaran Puan. Jadi, sementara masih bergelar Cik ni, saya kongsikan sepuas-puasnya kisah kenangan yang tak terhitung di benak saya ini. [p/s: tidak ada kaitan dengan nak menukar status ye. Bagitahu awal-awal sebelum disalah ertikan..heee]

Saya hidup dengan cinta. Saya berjaya dengan sumbangan daripada cinta. Saya kuat kerna saya ada cinta. Ya... Cinta sangat memainkan peranan penting dalam hidup saya. Saya dikelilingi cinta yang tak pernah padam. Dan saya harap cinta itu akan sentiasa menyala.

Allah memanggil pulang cinta hati saya seawal usia 8 tahun [7 tahun 6 bulan dengan tepatnya]. Yang merupakan cinta hati, jiwa dan raga Ma saya. Saya hanya kehilangan cinta hati, namun tak perlu memikirkan cinta yang perlu saya limpahkan buat pengubat hati insan-insan yang perlu dibesarkan. Itulah lumrah peraih cinta. Hanya menghitung cinta yang datang dan pergi. Jarang untuk memikirkan cinta yang perlu dicurahkan. Begitulah saya suatu ketika dahulu....


******

'Ayah... Adik nak Ayah.. Adik teringat kat Ayah.. Ma dah tak sayang Adik..'

Air mata bagaikan hujan lebat yang tidak ada tanda-tanda akan berhenti. Gambar arwah ayah ditatap sepuas-puasnya. Lantas dipeluk penuh erat. Sambil bantal didakap sekemas-kemasnya. Cuba sebaik mungkin agar esakan tidak didengari insan-insan yang berada di ruang tamu.

******

Itulah saya. Tika satu rombongan berkunjung untuk 'merisik.' Merisik kekasih hati yang ditinggalkan Ayah. Saya terus ke dalam bilik usai bersalam dengan mereka. Memang saya langsung tak tahu menahu bahawa tetamu yang berkunjung itu membawa hajat besar. Terdengar sahaja perbualan Maksu dan Mak Ngah di dapur, air muka saya terus berubah. Titisan hujan sudah bergenang di kelopak mata walau belum menitis.

Semuanya mula terbayang di ruang mata saya. Ma akan lupakan Ayah. Kasih Ma akan berpindah kepada 'Ayah Baru' dan mungkin juga 'anak-anak baru' lantas terus terbahagi lah sayang untuk akak dan saya. Jika ramai yang membayangkan kebengisan si 'Ibu Tiri,' gambaran akan kegarangan si 'Ayah Tiri' mula menguasai minda saya. Tak ada satu pun yang positif. Semua yang buruk la senang nak kata.

Telinga ini ditekap dengan bantal. Saya amat benci mendengar gelak-tawa mereka. Air mata terus berguguran. Hingga tidak saya sedar bila mata ini terpejam. Saya bangun tatkala tangan Ma menyentuh lembut pipi ini.

"Jom makan nasik sama-sama."

Ma masih seperti dulu dengan senyumanya.

"Ma, Adik tak nak 'Ayah Baru..' Adik nak Ayah je."

Air mata saya mula bergenang kembali.

"Kubur Ayah tak hilang lagi merahnya. Ma tak ada nak kahwin dengan siapa-siapa. Ma nak jaga Adik dengan Akak je."

Suara ma menzahirkan keyakinan yang penuh. Saya terkebil-kebil memandang Ma. Meraih keyakinan yang lebih daripada Ma. Anggukan Ma buat saya kembali lega. Lantas tangan ini dipimpin menuju ke dapur....


******

Memang Ma mengotakan kata-katanya. Ya.. Ibu yang sejati takkan mungkir akan setiap patah kata yang keluar dari bibirnya [ini panduan saya untuk bergelar ibu pada masa hadapan]. Hingga hari ini, sudah lebih 5000 hari Ma berpegang pada "Ma tak ada nak kahwin dengan siapa-siapa. Ma nak jaga Adik dengan Akak je" ini. Walau pusara Ayah dah lama hilang warna merahnya tanah. Walau sehingga saya dah cukup matang dan mengerti apa itu erti teman hidup, Ma tetap dengan pendiriannya untuk hidup bersama anak-anak semata. Walau setelah bibir ini telah berulangkali menyatakan keinginan untuk melihat dirinya bahagia bersama seorang 'teman berbicara bernama suami,' Ma tetap menyatakan kebahagiaannya yang sebenar adalah dengan berbicara bersama anak-anak... Oh Ibu T_T

Maka dengan ini, saya mula mengerti bahawa kasih sayang yang Ma curahkan mampu membuat insan lain menghargai tanpa perlu ditagih. Ya... Memberilah. Nescaya 'menerima' itu akan hadir tanpa disedari.... Moga saya mampu memberi dan terus memberi buat si ibu [walau sehingga kini saya masih merasa diri saya hanya terus menerima]... Saya tak mampu nak ungkapkan di sini bagaimana rasanya hidup ini tanpa Ma.. Amat banyak perkara yang ingin saya lakukan demi kebahagiaannya.

Kumohon Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Ibuku dan usiaku untuk kuberikan senyuman buatnya.. Kumohon dengan sepenuh hati, Ya Rahman... [dah tak mampu nak teruskan taipan..T_T]

Sunday, July 18, 2010

Merindui~

Perasan tak muka mereka memang sama kan?? :)


Sebelum bertolak ke S.Alam. Lepas ni Muiz nangis :(


Masa nak hantar saya ke Plaza Rah untuk praktikal HKL (Ma, my the only best lover, dunia akhirat) :D


Sungguh, saya sangat rindukan tiga insan ini. Ma, Maksu & Muiz. T_T
Mereka antara yang paling kuat menyumbang semangat yang mengalir tika ini. Baru semalam mendengar suara mereka bertiga. Seakan mata ini menatap wajah mereka walau hanya telinga yang mendengar...
Ma & Maksu, doakan adik di sini seperti selalu ya...
Iz, Kak Kini pinjam semangat Iz ya..
~LUV~

Saturday, July 17, 2010

Melangkah~

Seminggu telah berlalu. Alam klinikal ditelusuri. Dimulai dengan Poliklinik Beserah bersama insan-insan yang setia berkunjung mencari penawar ujian sakit daripada Nya. Ini baru permulaan. Hari ni dah mula dapat tajuk untuk final year project. Alhamdulillah semua sahabat seperjuangan pun dah dapat tajuk. Moga Allah iringi setiap kesusahan itu dengan kesedaran. Kesedaran yang ujian ini hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan ujian buat kekasihNya. Ya, secebis cuma. Wahai diri, kuatkan tekadmu. Ikhlaskan niatmu. Kejayaanmu sedang ditunggu...

Berkatilah ya Allah... Permudahkanlah ya Rahim... Ameeen ya Rabbal 'Alameen:)

Buat semua, Selamat Menggagahkan Diri!! ^^, Chaiyyyookk!!!

~ Hari ni dapat cakap dengan Muiz. Dia dapat nombor 2 Ujian Pertengahan Tahun yang lepas. Tahniah Iz!! [sangat gembira] :) Saya sempat menghantar Muiz ke sekolah sepanjang cuti yang berbaki selepas praktikal di HKL. Oh, terlupa pula entri untuk itu belum dibuat. InsyaAllah banyak cerita yang akan menyusul selepas ini [mudahan rajin nak gerakkan tangan kat keyboard laptop ni.. Huuuu]

Friday, July 9, 2010

Simbol

Bismillahirrahmanirrahim...

Satu rahsia yang perlu saya jujur kepada semua orang. [Lepas ni tak jadi rahsia dah la]... Perasaan untuk menulis @ mencoret @ berkongsi cerita saya masih seperti dulu. Cuma usahanya makin berkurang.. Huuu.. Ada sahaja cerita yang ingin saya titipkan di sini.. Tapi, tinggal dalam niat @ azam @ hasrat je... Nak bukak laptop pun malas. Bila dah bukak laptop, malas nak bukak Dashboard 'seteguhmemori' ni... Ish3.. Jangan contohi ye sikap 'pemalas' yang tidak baik ini..

Jadi, untuk pastikan yang sikap ini tak lagi membelenggu diri saya [sekurang-kurangnya kita kena ada usaha!!;)], inilah hasilnya... Perkongsian untuk kali ini...

*****

Tahun 3
Semester 1
Subjek 'Social & Cultural Issues in Food & Nutrition'
Pensyarah : Dr Zalilah (dari UMP)

Memang seronok belajar subjek ni [walaupun ramai yang cakap ngantuk sikit...saya akui sebab subjek ni kena banyak berfikir sikit pasal isu sosial]. Apa yang buatkan saya tertarik dengan subjek ni?? Pertama, Dr Zalilah... Heeeee. Saya kagum dengan beliau. Sangat pertah bercakap. Bayangkan, kalau diberi masa 3 jam pun memang dia dapat lontarkan semua idea tanpa henti.. Terbukti yang beliau bukan calang-calang orang, cukup berpengalaman dalam reseacrh. Kalau taip je 'Zalilah' kat google, memang kita akan jumpa lah banyak established paper yang beliau hasilkan... [kagum] Ok. Itu sebab pertama. Keduanya, saya agak tertarik dengan kaitan bahawa hubungan sosial banyak melibatkan makanan [macam pelik sikit terjemahkan semua ni dalam BM sebab belajar dlm BI..heee]. Bila saya timbulkan isu ni, mesti semua dah terbayang urusan business yang dijalankan di restoran-restoran mewah kan?? Ya, itulah yang kami belajar. Banyak lagi... Antaranya, macam mana taraf sosioekonomi boleh mempengaruhi nutrition status anak-anak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung. Andai kita betul-betul menyelam ke tempat di mana mereka berada, cabaran sebagai d real dietician itu dapat dirasakan... Masa belajar subjek ni, saya terfikir untuk terlibat dalam bidang research. Seronok jugak kan?? Tapi, tak bolehla nak jumpa pesakit hari-hari... Huuu.. [masih mencari bidang spesifik yang paling sesuai dengan jiwa ini]


*****

Semua yang saya coretkan tadi terlintas di kotak memori saya sebaik kerusi bas Mutiara ke Shah Alam saya duduki. Tanggal 2 Mei 2010. Seminggu yang lalu. Bumi Pasir Puteh saya tinggalkan. Buat ke sekian kalinya.

"Adik ni membesar kat dalam bas je kan. Dulu pergi Terengganu, lepas tu PJ pulak. Sekarang duduk Kuantan. Lepas ni tak tahulah pulak kat mana. Ma macam tak sempat nak tengok anak dara Ma membesar depan mata."

Kata-kata ma yang singgah di gegendang telinga saat Ma menghantar ke terminal bas setahun yang lalu. Benar. Saya akui tiap bicara itu pabila difikirkan semula laluan penghijrahan saya menuntut ilmu. Moga setiap persinggahan itu dilimpahi rahmatNya...

Errrr...sebenarnya saya nak bagitahu betapa beratnya beg yang saya bawak.. Penuh dengan bekalan. Bekalan daripada ibu tercinta. Tentunya makanan. Lambang kasih sayang. Ya... Kasih sayang seorang ibu. Salah satu cara si ibu mengalirkan sayangnya buat si anak - melalui makanan. Saya pasti kawan-kawan yang lain juga mengalami situasi ini. Cuma bentuk bekalan itu yang mungkin sedikit berbeza :) Macam-macam ma bekalkan. Untuk saya dan akak... Sambal ikan, sambal daging [serunding kalau orang bandar cakap..heee], karipap [ma yang buat..tentunya saya turut terlibat], keropok keping yang belum digoreng, cili yang ma tanam sendiri, ikan masin, asam keping, dan buah mangga... Ni semua setelah melalui proses penapisan oleh saya sendiri. Sebab tak muat beg.. Huuuu.

Sayu hati kan. Semua yang diberi bak pengganti dirinya. Sebab tu kalau tak habiskan makanan yang Ma beri, terasa sangat ralat... Tak sanggup nak buang. Bagai melontar kasih sayang kan?? Saya mulai mengerti bagaimana berbezanya sayang seorang ibu buat anaknya yang pasti takkan difahami dengan erti sebenarnya selagi kita belum melahirkan seorang insan bernama anak... Ohh.. Ibu..


Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

p/s : Sejauh mana telah kita simbolkan kasih sayang buat seorang ibu?? [sama-sama kita muhasabah]